Episod Kedua.. I First Saw You..

“Wow, who is that girl?” Amierul Mukhrizz bertanya kepada abang kembarnya, Kamal Ariffin. “ I don’t know. Bukankah kita baru seminggu belajar dekat sini?” Kamal Ariffin atau nama pangillannya, Kamal, memberitahu maklumat kepada adiknya itu. “I like the one with the short hair.” Amierul mengaku kepada abangnya. “Which one? Is it the one with the red ribbon on her bag?” Kamal bertanya. “Yup. I think her name is Nina. I think.” Amierul membalas dengan selamba. “Oh, she’s kind of cute. But I like yang macam Taylor Swift tu.” Kamal berkata. “Farhah? Really?” Amierul terkejut. “Yup. Hey, how do you know her?” Kamal bertanya. Inginkan kepastian. “Takkanlah tak ingat kut.. Mierul kan satu kelas dengan dia. Mierul tahu lah.” Abangnya tersengih. Baru dia teringat. Farhah dan Amierul satu kelas. Kelas Tingkatan 1 Ros. Dia pula Tingkatan 1 Flora. “Hoi! Korang tengah buat apa ha?” seseorang menyergah mereka dari belakang.

Munirah membawa kedua-dua jejaka yang boleh tahan ketampanannya itu ke tempat The Cutebabes berbual sebentar tadi. “Farhah, ini ha. Mereka memerhatikan kita. Saya dapat tangkap.” “Em.. Sorry..” Kamal berkata. “Awak murid baru dekat sini eh?” Farhah bertanya. Kamal mengangguk. “In that case, can you introduce yourself? And your brother too because some of my friends doesn’t know you.” Nina berkata. Ayatnya ditujukan kepada Kamal dan Amierul.

“Can I start first?” Amierul bertanya. Nina dan Farhah mengangguk. “My name is Mohd. Amierul Mukhrizz B. Noor Hamzah. You can call me Amierul. I’m in the same class as your friend, Nana. That’s all.” Amierul mengakhiri dengan senyuman. Nina dilanda angau. Senyuman Amierul yang betul-betul manis itu berjaya memikat hati Nina. Thira yang duduk di sebelahnya menyedari bahawa rakannya itu sedang angau lalu dia memukul pehanya dengan lembut. “Opps.. Sorry.. Get carried away tadi.” Nina berkata sambil tersengih. Tanpa disedarinya, Amierul sedang merenungnya. Farhah perasan tentang hal tersebut lalu meminta Kamal mengenalkan dirinya.

Petang itu… di rumah Farhah..

Nina dan Farhah sedang berbual-bual di biliknya. Perbualan mereka terselit dengan gelak ketawa. Persahabatan mereka sungguh akrab bagai roti dengan peanut butter, bagai lagu dan irama. “Buka laman web Sekolah Sri Bangsar nak tak? Dapat kita mengisi masa while waiting for the others to come.” Farhah mencadangkan kepada Nina. Nina tersenyum lalu mengangguk. “Jom! Awak pakai laptop awak and saya pakai laptop saya ok?” Dia meletakkan laptopnya di atas katil empuk Farhah yang berwarna biru itu.

“Nina, you have to take a look at this. Cuba buka blog AB Sisters.” Farhah berkata. Nina menuruti sahaja. Dia membuka tab baru lalu memasukkan address blog AB Sisters. Dalam masa beberapa saat sahaja, laman blog yang dihiasi dengan wallpaper bergambar hati tertera di kaca skrin laptop Viao yang berwarna merah itu. “Dah.” Nina berkata. “Cuba check chat box dia orang.” Farhah mengarah lagi. Nina mengalihkan pandangannya kepada chat box AB Sisters yang terletak di sebelah kanan skrinnya. “Oh my, siapa yang sanggup buat macam ni dekat dia orang?” Nina bertanya. Farhah terdiam. “I think it is The Fabulous Gurlz.” Farhah membuat rumusannya sendiri.

Ketika mereka berdua sedang memikirkan tentang hal yang terjadi kepada AB Sisters, terdengar suara 7 orang gadis memberi salam di muka pintu. Nina dan Farhah bangun daripada katil lalu menuju ke arah pintu utama. “Hye girls..”

0 comments: