Episod Ketiga.. Meeting

Farhah tersenyum tatkala melihat rakan-rakannya di muka pintu rumahnya. Mereka bersalam-salaman dengannya dan Nina. Farhah dan Nina mempersilakan rakan-rakannya yang cantik itu masuk ke dalam rumah Farhah yang terletak di Bangsar.

“How do you girls get here? Tak ada kereta pun dekat depan?” Farhah bertanya. Fatira mengukirkan senyuman yang manis kepadanya lalu menjawab, “Naik kereta Ira. Her driver yang hantar kami ke sini. Nanti balik naik kereta Thira pula..” Thira mengangguk. “Our meeting hari ni lama tak?” Dia bertanya. Farhah pelik. Kenapa ditanya pula. “Why do you ask? Ada plan ke lepas meeting ni?” Farhah menginginkan kepastian. Thira mengangguk lagi. “With who?” Farhah bertanya lagi. Thira menjawab, “Togetherlah. Kalau pergi sendiri tak best. Kalau semua ada baru syok sikit..” Mana pula Thira nak ajak jalan-jalan ni? Lapan gadis tersebut memikirkan ke mana Thira mahu mengajak mereka.

Farhah : Gym ke ?
Nina : TGV ?
Fatira : Futsal court?
Nana : Baskin Robbins?
Ira : Kinakoniya, KLCC?
Wani : Berjaya Times Square?

Lagi dua gadis masih lagi memikirkan ke mana Thira mahu membawa mereka. Yang pastinya mestilah tempat yang best dan happening!

“Ok girls! Time’s up!” Thira berkata dalam nada hampir menjerit. Dia juga menepuk tangannya untuk menarik perhatian semua. The Cutebabes yang lain duduk di dalam formasi bulatan mengelilingi Thira. Setiap daripada mereka memeluk bantal peluk kepunyaan Farhah yang berbentuk hati berwarna biru. Ada di antara bantal tersebut berwarna pink atau purple. Kini, semua mata tertumpu pada Thira. “Do you really want to know?” Dia berkata. The Cutebabes yang lain mengangguk. “Betul ni?” Dia bertanya lagi. Lapan gadis tersebut mengangguk lagi. “Tak ada talian hayat tau!” Dia menyambung lagi. Ira memukul lembut peha Thira. Rakan-rakan mereka yang lain menjerit manja. “THIRA!!”

Setelah keadaan mulai tenang, mereka duduk semula di dalam bulatan. Mereka semua ingin tahu ke mana Thira mahu membawa mereka selepas mesyuarat tersebut. “Oklah. Kita nak pergi K…” DUMM!! Belum sempat Thira menyudahkan ayatnya, kedengaran bunyi dentuman yang kuat. Mereka semua berlari ke beranda untuk melihat apa yang berlaku.

0 comments: